Tuesday 24 September 2013

tamiya 1999 by my metro.

SATU persatu kereta kecil meluncur laju di dalam litar sambil mengeluarkan bunyi yang membingitkan telinga. Sesekali terdengar bunyi berdesing apabila ia bergesel dengan dinding litar namun bagi peminat kereta mainan Tamiya Mini 4WD, bunyi berkenaan ibarat pembakar semangat untuk terus melihat kereta mainan masing-masing mencatatkan masa terpantas.
Permainan ini bukan sesuatu yang baru di negara ini kerana sekitar 1998 hingga 2002 ia pernah menjadi kegilaan ramai, terutama kanak-kanak.

Ketika itu, dapat dilihat trek permainan itu ada di merata-rata tempat yang menjadi tumpuan peminatnya.
Namun atas faktor tertentu, kegilaan itu semakin menurun dan hampir lenyap namun begitu masih ada segelintir peminat setianya meneruskan permainan itu.

Memang tidak dapat dinafikan permainan ini mempunyai kos tinggi untuk melakukan pengubahsuaian bagi memastikan sebuah kereta itu bertahan lama.

Perkara itu diakui David Chong, 33, yang menceburi permainan ini lebih 10 tahun lalu dan menganggap wang adalah faktor penting bagi seseorang terus bermain permainan itu.
Katanya, sama seperti kereta sebenar, kereta Tamiya memerlukan pertukaran bagi bahagian yang mengalami kerosakan dengan menggunakan alat ganti berkualiti.

"Permainan ini bukan seperti permainan alat kawalan jauh (RC) yang mempunyai alat yang boleh mengawal kelajuan kereta, tetapi menggunakan kuasa bateri.
"Ia agak mencabar kerana pemilik kereta perlu tahu kekuatan dan kelebihan kereta mereka bagi memastikan ia mampu bersaing dengan kereta lain," katanya.

Menurutnya, proses pengubahsuaian sesuatu kereta dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian alat ganti yang digunakan untuk kereta itu.

Katanya, ia juga sedikit sebanyak berkaitan dengan ilmu kejuruteraan, namun tidak bermakna hanya individu yang ada ilmu berkenaan mampu melakukannya.

David berkata, kemahiran modifikasi ini lebih terarah kepada pemikiran logik terhadap sesuatu perkara selain menuntut percubaan berulang kali.

"Kelancaran setiap kereta bergantung kepada keupayaan bahagian motor dan bateri berfungsi secara serentak, sekali gus memastikan kelajuan kereta itu.

"Pemahaman setiap bahagian kereta berkenaan adalah penting kerana ia juga memerlukan skil dan bukan bermain secara membabi buta," katanya ketika ditemui di kedai Tamiya, underground level B2, pusat beli-belah One Utama (new wing).

Beliau berkata, sebuah kereta Tamiya boleh didapati dengan harga sekitar RM40 namun proses pengubahsuaiannya boleh mencecah ribuan ringgit.

Katanya, alat ganti kereta itu berbeza mengikut kualiti dan jenisnya, malah memerlukan kos tinggi untuk mengekalkan prestasi kereta itu supaya mampu bersaing.

"Mungkin atas faktor itulah permainan ini jarang dimainkan masyarakat kini berbanding ketika awal kemunculannya.

"Namun perlu diingat, kereta yang mempunyai nilai tinggi tidak semestinya berpotensi muncul juara dalam setiap pertandingan kerana ia bergantung kepada aspek kelancaran setiap bahagian," katanya.

Permainan Tamiya Mini 4WD ini mula diperkenalkan oleh syarikat Tamiya di Jepun sekitar 1982 dan kemudian menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Kereta ini lazimnya berukuran minimum 165 milimeter (mm) panjang dan lebar 105 mm dengan berat sebanyak 90 gram, termasuk baterinya.

Oleh kerana permainan ini tidak mempunyai alat kawalan jauh bagi mengawal tahap kelajuannya, tidak hairan ia kerap terpelanting apabila melalui litar yang sedikit berbukit.

Bagi memastikan kelancaran luncuran kereta itu, pemain lazimnya meletakkan roller di empat penjuru kereta itu supaya ia dapat melunjur dengan laju dan lancar.

"Roller itu bertindak sebagai penyerap geseran pada dinding trek dan melancarkan pergerakan kereta itu.

"Dalam sesuatu pertandingan, juara ditentukan melalui catatan masa terpantas dan pemasangan roller itu antara faktor kereta bergerak pantas," katanya.

Menurutnya, selain kereta, trek memainkan peranan penting dan setiap pemain perlu memahami kereta mereka bagi disesuaikan dengan keadaan trek.

Ada tiga jenis trek dalam permainan ini iaitu trek kelajuan tinggi, separa teknikal dan super teknikal.

Katanya, jika dibandingkan dengan negara jiran lain, Malaysia masih mampu bersaing walaupun jumlah peminatnya kecil.

"Indonesia contohnya mempunyai ramai peminat dan permainan ini semakin berkembang, malah mudah mendapatkan alat ganti.

"Bagaimanapun, permainan ini berpotensi untuk terus menambat hati masyarakat, terutama golongan muda, jika promosi sewajarnya dilakukan," katanya.


>INFO
> Permainan kereta Tamiya Mini 4WD mula diperkenalkan oleh syarikat Tamiya di Jepun pada 1982
> Mula mendapat sambutan hangat di Malaysia pada 1998 sehingga 2002 sebelum ia mulai reda
> Berbeza dengan permainan alat kawalan jauh kerana ia menggunakan sepenuhnya kuasa bateri dan motor
> Dimainkan di atas trek khas seakan-akan litar Formula Satu
> Tempat yang menjadi tumpuan bagi peminat adalah di kedai Tamiya, underground level B2, pusat beli-belah One Utama (New wing)


>PROFIL
NAMA: Izwan Rasip
UMUR: 23 tahun
ASAL: Kluang, Johor
PEKERJAAN: Pegawai Teknologi Maklumat

KETIKA di bangku sekolah, dia berkongsi kegilaan permainan kereta Tamiya Mini 4WD bersama gurunya yang ketika itu membina trek di sekolah.

Malah guru itu yang memperkenalkannya kepada permainan itu sehingga dia mempunyai kira-kira 15 buah kereta Tamiya pelbagai jenis.

Namun, sejak memasuki sekolah berasrama penuh, dia menjual semua koleksi keretanya kerana tiada masa bermain sehingga melupakan permainan itu.

"Saya mula aktif bermain permainan ini semula sejak Awal tahun apabila ternampak kedai menjual model kereta di pusat beli-belah One Utama yang mempunyai trek bermain.

"Secara tiba-tiba semangat saya kembali membara dan mula mengumpul semula koleksi kereta ini," katanya.

Anak muda kelahiran Kluang, Johor ini berkata, sehingga kini dia menghabiskan kira-kira RM4,000 untuk melakukan pengubahsuaian terhadap keretanya.

"Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah itu besar dan seakan-akan membazir untuk dilaburkan pada kereta kecil ini, namun saya tidak ambil pusing semua itu.

"Sekurang-kurangnya saya tahu ke mana wang saya dilaburkan selain memberi kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata," katanya.

Menurutnya, dia masih dikira individu baru dalam permainan ini dan sering berbincang dengan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam permainan itu.


>PROFIL
NAMA: Mahathir Wagih
UMUR: 28 tahun
ASAL: Johor Bahru
PEKERJAAN: Jurutera Perisian

DIA antara pemain yang menimbulkan rasa gentar lawannya kerana sering muncul juara dalam pertandingan Malaysia Mini 4WD Challenge yang diadakan setiap bulan.

Ditanya rahsia di sebalik kejayaannya, dia berkata, semua bergantung pada sejauh mana pemilik kereta memahami keretanya.

Katanya, kepantasan sesebuah kereta bukan hanya bergantung pada alat ganti digunakan tetapi juga kreativiti pemilik untuk melakukan pengubahsuaian kepada kereta.

"Saya tidak lokek untuk melabur bagi mendapatkan yang terbaik untuk kereta saya dan sehingga kini saya mempunyai 10 kereta Tamiya.

"Setiap kali berlaku kerosakan, saya sendiri membaikinya dan jarang meminta bantuan orang lain kerana hanya saya memahami 'perangai' kereta saya," katanya.

Mahathir berkata, dia sering menonton video di Internet bagi mempelajari teknik dan cara memastikan kereta dapat bergerak laju.

"Saya juga berinteraksi dengan peminat permainan ini di dalam mahupun luar negara menerusi forum dan laman web Tamiya.

"Malah saya dapat berkongsi idea dan pendapat berkaitan permainan ini kerana setiap negara ada cara dan peraturan permainan berbeza," katanya.

Menurutnya, walaupun hadiah ditawarkan dalam pertandingan disertainya tidak besar, dia tetap berasa puas.


>PROFIL
NAMA: Fairuz Md Nor
UMUR: 26 tahun
ASAL: Shah Alam Selangor
PEKERJAAN: Jurutera

MINATNYA terhadap permainan ini bukan sekadar menyertai pertandingan semata-mata, sebaliknya dijadikan tempat meluahkan kreativitinya melalui solekan terhadap keretanya.

Dia gemar mencantikkan keretanya dan tampil berbeza berbanding kereta orang lain kerana mahu lari daripada imej ganas yang sering ada pada kereta permainan itu.

Menariknya, dia sering menerapkan corak bermotifkan bunga dan warna merak jambu ke atas keretanya sehingga ada yang menyangka keretanya milik perempuan.

"Permainan ini adalah hobi saya dan saya tidak mahu terikat pada satu saluran saja. Justeru saya cuba memperlihatkan nilai kreatif melalui kepakaran menyolek dan meningkatkan kuasa kereta.

"Tidak dapat dinafikan, setiap kali menyertai pertandingan, kereta saya menarik perhatian orang ramai kerana unik berbanding yang lain," katanya.

Menyentuh sisi pertandingan pula, dia lebih gemar bermain di trek separa teknikal kerana ia lebih seimbang.

"Trek kelajuan tinggi biasanya memerlukan kuasa bateri tinggi kerana ia dinilai daripada sudut tahap kelajuan sesebuah kereta dan trek berkenaan biasanya landai.

"Trek super teknikal pula lebih mencabar dan banyak halangan seperti bukit. Trek separa teknikal adalah gabungan kedua-dua jenis trek berkenaan," katanya.

Anak muda ini banyak menyertai pertandingan bukan saja di dalam negara, malah di negara luar seperti Singapura dan Indonesia.

Thursday 19 September 2013

Gundam Bandai And Tamiya Mini 4wd

korang pernah ade kan tamiya  jadi saya ingin mengingat kan bende tamiya, tamiya adalah sejenis hobby jadi saya pon suka tamiya saya beli lah tamiya 4 buah. korang pernah ade tamiya sangat  best tamiya kalau korang minat lah. ade game tamiya kat  psp name game tuh extranl wing entah betul ke tah lah ejaan tuh..jadi sape yang minat tamiya mai lah beli kat TU(Tamiya Underground) atau sape yang nak main balik dan satu saje jugak name dia gundam saya sangat suka gundam sape yang beli gundam ke berhati-berhati buat. tak   kesah lah jename ape pon janji gundam tapi lebih baik korang sokong jename original jadi beli gundam jename bandai sangat bagus jename bandai senang buat cantik kalau korang beli jename bandai jadi beli bandai...citer pasal tamiya balik ok kalau korang nak beli mini 4wd korang  beli jenama tamiya sebab jename lain tak tahan dan tak lawa semua dia buat semua pelik-pelik jadi baik korang beli tamiya mini 4wd dekat TU(Tamiya Underground) atau dekat dataran nilai ade nasi arab korang singgah nasi arab tuh korang beli lah tamiya dalam tuh sebab dia jual tamiya dan nasi arab sekali kalau korang tak nasi arab pon takpe nak beli tamiya boleh kat kedai nasi arab tuh banyak makanan dia jadi beli kat situ kalau dia buat track kat situ mai lah datang...





Friday 3 May 2013

merlin


Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.
Teks-teks
lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
“Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri.”
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
“Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita.”
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa “makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan.”
John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
“Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,…”
Merlin a.k.a Dajjal
Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah ‘penipuan agung’.
Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
“Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar.”{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.
Merlin dan King Arthur
Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.
Perincian Karekter Merlin
Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
“Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar.”
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.
Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.
Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman).
“Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.
Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel.”
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
“Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman…”{3}
Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis…

kedatangan jepun

tahu kah anda? 

Kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu amat merseahkan rakyat.Tentera Jepun bertindak sewenang-wenangnya. rakyat negara ini hidup sengsara.Semangat untuk menentang Jepun mula munjiwai setiap rakyat.Adnan saidi,anak kelahiran Kajang ini tidak terkecuali.Beliau telah menyertai angkatan tentera dan berjaya ditauliahkan sebagai leftenan dalam Briged Pertama Askar Melayu. 

Suatu ketika,beliau mengetaui pasukannya menentang Jepun di Pasir Panjang,Singapura.Tentera Jepun lebih banyak berbanding dengan pasukan yang dipimpinnya.Dalam pertempuran itu,banyak askar Melayu yang terkorban.Sebagai seorang pejuang yang berani, Leftnan Adnan tidak menyerah kalah.Walau bagaimanapun, serangan Jepum terlau hebat sehingga beliau terpaksa menukar strategi dan berundur ke Bukit Chandu.

Ketabahan beliau memberikan semangat kepada anggontanya untuk terus melancarkan serangan dari Bukit Chandu.Namun nasib tidak menyebelahi beliau.Beliau cedera parah.Walapun tercedera, beliau terus menyerang tentera Jepun.Alang-alang mandi biar basah,alang-alang berjuang biarlah biarlah sampai ke titisan darah yang terakhkir.Beliau terus membedil tentera Jepun walapun pelurunya semakin berkurangan.Beberapa orang askar Jepun mati hasil daripada tembakan beliau.

Ahkirnya,Leftenan Adnan pasrah.Beliau sudah tidak berdaya lagi.Darahnya membasahi bumi.Tentera Jepun yang begitu marah menangkarp Leftnan Adnan dan mengikatnya pada sebatang pokok.Beliau ditembak bertubi-bertubi.Keadaan dirinya amat menyayat hati.Kekejaman askar Jepun terselah apabila meraka turut menikam mayat Leftnan Adnan dengan bayonet.sanggup menggadai nyawa demi membebaskan negara daripada cengkaman musuh.

Gugurnya pahlawan yang mempunyai jati diri ini sukar dicari ganti.Apabila disebut sahaja nama Leftenan Adnan,seluruh rakyat Malaysia dapat membayangkan kepritan dan kesengsaran yang dialaminya
Kita patut mempunyai semangat patriotik.Jasa Leftenan Adnan akan terus diabadikan dalam sejarah.

kita patutlah rasa bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan merdeka....
Sabda Rasulullah SAW " Sesiapa yang dibebankan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya Allah haramkan ke atasnya syurga." Sahih Bukhari & Muslim
Syaitan xputus asa dalam menyesatkan kita, jadi kita jangan sesekali putus asa untuk berubah jadi baik..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

Sunday 28 April 2013

first time go to singapore....

Ok kita kembali dengan saya lagi yer...ok nih part II ni tunjuk gambar aku dan keluarga aku je lah.ni gambar nye :
 




ni lah je lah gambar nye lah kan.ok memang bergaya posing saye tuh  hahah and kakak saye nih tapi memang kelakar an  posing saye tuh ahhaha....ok nanti mungkin saye buat part III lak an atau pon dah habis part II nih..ok bye.untuk agama islam assalamaulaikum.